Penawaran Mi 11 pula lebih luas selepas ini kerana Mi 11 Lite turut akan hadir tidak lama lagi.
Terbaru, Mi 11 akan mempunyai varian paling berkuasa menerusi Mi 11 Ultra.
Menurut Ice Universe, Mi 11 Ultra akan menjadi telefon andalan pertama menggunakan sensor 50MP ISOCELL GN2 dari Samsung.
https://twitter.com/UniverseIce/status/1364065487471054848?s=20
Buat pengetahuan, Samsung baru sahaja mengumumkan sensor baharu ini semalam. Sensor baharu ini menerima naik taraf lebih berbaik berbanding sensor GN1.
Menerusi sensor GN2, ia mampu merakam video 1080p dengan kadar bingkai 480 (fps) dan video 4K dengan 120 fps.
Ia juga hadir dengan teknologi autofocus baharu iaitu Dual Pixel Pro. Bermakna, imej dapat difokus lebih baik dalam persekitaran kurang cahaya atau objek bergerak.
Berbalik kepada Mi 11 Ultra, dikhabarkan mungkin dilengkapi kamera utama 50MP, 48MP ultra-lebar dan 48MP telefoto.
Melihat spesifikasi ini, nampaknya Mi 11 Ultra akan menjadi sebuah telefon pintar yang dapat bersaing dalam fotografi mudah alih.
Laporan ini mungkin benar kerana Xiaomi dan Samsung telah lama bekerjasama dalam penawaran teknologi kamera seperti telefon Mi Note 10 dan Redmi Note 8.
Sumber: gizchina
Berkaitan
- TSMC Dan Samsung Hadapi Masalah Dalam Pembangunan Cip Pemproses 3nm
- Midea - Barangan Elektrik Pertama Menggunakan Harmony OS
- Xiaomi Mi 11 Lite Bakal Tiba Buat Pasaran - Hadir Dengan 3 Kamera Dan Snapdragon 732G
- Samsung Galaxy M62 Untuk Pasaran Tempatan Berharga Bawah RM2000
- narzo 30 Dilancarkan Buat Pasaran Tempatan, Harga Mampu Milik
- Apple Watch Series 7 Mula Ditawarkan Buat Peminat Tempatan
- Redmi Note 11 Bakal Dilancarkan Minggu Depan, Ada Rekaan Baharu
- Garmin Melancarkan Forerunner 745 Berharga RM 2,499
- Rasmi, Siri OnePlus 9 Di China Akan Guna ColorOS
- Surface Pro Tapi 'Gaming'? ROG Flow Z13 Kini Tiba Di Malaysia