Kini, telefon yang dikatakan versi mampu milik ini sekali lagi tertiris dan kali ini ia memaparkan spesifikasi utama yang menguasakan telefon tersebut.
Berdasarkan dalam senarai Google Play Console, ia merupakan sebuah telefon berkelas pertengahan dimana ia dijana cip pemproses Snapdragon 765G dengan konfigurasi memori 8GB RAM.
Selain itu, ia dilengkapi paparan 1080x2400 beresolusi FHD+ dengan ketumpatan piksel 440ppi. Bersamanya juga menjalankan sistem operasi Android 11.
Berdasarkan ura-ura, berkemungkinan ia akan menggunakan paparan AMOLED serta kadar penyegaran 120Hz.
Tambahan lagi, perakuan dari FCC turut mendedahkan terdapat tiga varian bagi Mi 11 Lite iaitu 6GB+128GB, 8GB+128GB dan 8GB+256GB.
Sokongan rangkaian 5G, WiFi 5GHz, Bluetooth 5.2, GPS dan NFC juga melengkapi telefon ini.
Selain bateri yang mungkin sebesar 4150mAh dengan pengecasan pantas 33W, Mi 11 Lite masih mengekalkan tiga tetapan kamera belakang yang mana kamera utama 64MP.
Walau bagaimanapun, mungkin spesifikasi di Malaysia berbeza sedikit kerana SIRIM mendedahkan telefon ini hanya menyokong 4G dan model ini dijangka dikuasakan Snapdragon 732G sahaja.
Sumber: @stufflisting
Berkaitan
- Ini Senarai Telefon Xiaomi Yang Sokong Fungsi 'Tambah' RAM
- Garmin Siri Descent MK2 Khas Buat Penyelam Kini Rasmi Berharga RM 6,399
- Garmin Lancar Pedal Basikal Dengan Sistem Meter Kuasa Pertama Dunia
- Twitter Sedang Uji Ciri Butang 'Upvote/Downvote' Mirip Reddit
- Anugerah Wiser.MY 2023 - Ini Peranti Pilihan Kami
- Pengecasan Pantas 200W Xiaomi Beri Kesan Pada Hayat Bateri
- Ini Redmi K50 Gaming Edition - Snapdragon 8 Gen 1 Dan Pengecasan 120W
- Canon Perkenal EOS M50 Mark II - Kamera Mirrorless 24.1 MP
- Mi Vacuum Cleaner Mini Kini Tiba Di Malaysia Berharga RM199
- MIUI 13 Dah Bersedia, Mungkin Dilancar Bersama Xiaomi 12