Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mi 10 ultra

Xiaomi Mi 10 Ultra Menguasai Carta Antutu Bagi Bulan Ogos

Diterbitkan September 5, 2020 · Dikemas kini September 5, 2020 oleh ariff bukhari

Laman Antutu telah menyenaraikan senarai kedudukan prestasi telefon pintar terbaik bagi bulan Ogos.

Menurut AnTuTu, telefon pintar terbaru dari Xiaomi iaitu Mi 10 Ultra adalah telefon pintar Android terpantas ketika ini dengan skor markah 646730.

Ia berjaya mengatasi skor markah yang dicapai oleh telefon pintar popular berprestasi tinggi yang lain seperti ROG 3, OPPO FindX2 Pro dan Redmi K30 Pro.

Xiaomi Mi 10 Ultra Menguasai Carta Antutu Bagi Bulan Ogos
Sumber: AnTuTu

Seperti semua sedia maklum, Xiaomi Mi 10 Ultra kini menjadi telefon pintar terhangat ketika ini sehingga para pengguna mendesak Xiaomi melancarkannya untuk pasaran global.

Peranti berspesifikasi tinggi ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 865 dengan RAM berkapasiti sehingga 12GB.

Bagi para peminat Xiaomi di Malayisa pula, mereka sudah pun boleh mendapatkan telefon pintar flagship ini menerusi pengedar Mobile 2 Go.

Mi 10 Ultra ditawarkan pada harga RM3798 bagi varian RAM 8GB+128GB storan. Manakala, varian RAM 12GB+256GB pula berharga RM4298.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
©2026 WISER.MY