Xiaomi Mi 10 Mungkin Dilengkapi Skrin Sisi Melengkung

Akhir-akhir ini peminat galak memperkatakan perihal mengenai Xiaomi Mi 10. Peranti flagship pertama dari Xiaomi untuk tahun 2020 itu telah disahkan bakal menggunakan cip Snapdragon 865.

Kini menambah satu lagi informasi mengenai peranti ialah rekaan skrin paparan yang melengkung disisi. Khabar angin ini adalah berdasarkan perkongsian dilaman Weibo yang memperlihatkan kaca tahan pecah atau tempered glass bagi Mi 10.



Menerusi imej, ia sedikit sebanyak memberi gambaran tentang rupa bentuk panel hadapan peranti itu yang dikatakan berukuran 6.5 inci. Sisinya juga kelihatan melengkung dengan bezel yang lebih nipis, berbeza dari keluaran siri terdahulu. Peranti ini juga dikhabarkan bakal menggunakan rekaan paparan berlubang.



Jika menuruti ura-ura sebelum ini, Mi 10 bakal menyertakan kadar penyegaran 90Hz untuk paparan OLED tersebut. Selain Mi 10, Xiaomi dijangka bakal menghadirkan versi Pro. Untuk melihat khabar angin mengenai spesifikasi bagi kedua-dua peranti boleh lanjutkan bacaan disini - Ini Mungkin Spesifikasi Yang Bakal Dibawa Mi 10 Dan Mi 10 Pro