Xiaomi Meraikan Kejayaan Mi CC9 Pro Sebagai Kamera Dengan Skor Tertinggi Dalam DxOMark

Xiaomi Mi CC9 Pro telah dilancarkan semalam dan selain tarikan utama kamera 108MPnya, ia juga telah dinilai oleh DxOMark dan mendapat skor tertinggi dalam carta kamera. Posisi itu bagaimanapun terpaksa dikongsi dengan Huawei Mate 30 Pro yang juga mempunyai skor tinggi yang sama.



Dengan posisi teratas dalam carta, Xiaomi tidak berdiam diri. Malah, mereka menyambut kejayaan tersebut dengan memasang pertunjukan cahaya dalam bentuk lampu bilik bangunan yang dieja "DXO NO.1". Pertunjukan tersebut dibuat di Science and Technology Park yang bertempat di Beijing.

Xiaomi Mi CC9 Pro

Sebelum ini, tangga teratas yang pernah dicapai Xiaomi adalah Xiaomi Mi 9 dengan skor 110. Untuk Mi CC9 Pro, ia dipuji oleh DxOMark atas kualiti zum dan video terbaik yang pernah diuji. Mi CC9 Pro dilengkapi dengan 5 kamera belakang termasuklah sensor utama Samsung 108MP. Agak menarik pada peranti ini kerana ia hanya menggunakan cip pemprosesan kelas pertengahan Snapdragon 730G, bukannya kelas flaghip siri Snapdragon 800 menjadikan Mi CC9 Pro peranti pertama mendapat 10 teratas bukan menggunakan cip kelas flagship.

Berkaitan