Xiaomi Menubuhkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Di Finland

Pusat R&D baru itu bakal memfokuskan pembangunan teknologi kamera.


Berdasarkan kepada laporan oleh laman SuomiMobiili dari Finland, Xiaomi telah mendaftarkan syarikat yang akan memfokuskan penyelidikan dan pembangunan teknologi di Tampere, Finland.

Syarikat yang didaftarkan sebagai Xiaomi Finland Oy itu dikhabarkan akan mengkhususkan penyelidikan dan pembangunan teknologi kamera.

Ia termasuklah penyelidikan dan pembangunan perisian, sistem teknologi maklumat dan perkakasan telekomunikasi yang akan difokuskan oleh jabatan Xiaomi Finland.

Kapsyen: Lokasi Xiaomi Finland Oy yang terletak di dalam Taman Teknologi Hermia, Tampere, Finland. Kredit:SuomiMobiili 


Jabatan tersebut diketuai oleh Ketua Pengarah Xiaomi Finland, David Arthur Felix yang kini dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi syarikat baru tersebut.

Seperti yang diketahui umum, Finland merupakan negara kelahiran syarikat telekomunikasi Nokia Corporation.

Jika dilihat kembali 2 tahun yang lepas, Nokia dan Xiaomi pernah menandatangani perjanjian kolaborasi bersama berkaitan perlesenan paten produk antara mereka.

Pihak Nokia telah bersetuju menyediakan infastruktur rangkaian dan peralatan kepada Xiaomi serta memberi akses kepada paten yang dimiliki oleh Nokia.

Sumber: GSM Arena