Xiaomi Menjadualkan Acara Rasmi Untuk MWC 2019 Pada 24 Februari

Acara persidangan telefon pintar terbesar dunia, MWC 2019 bakal diadakan di Barcelona pada 25 Feb hingga 28 Feb ini.

Xiaomi telah menjadi pengeluar terbaru yang mengesahkan tarikh acara rasmi mereka bagi MWC 2019 yang mana ia akan diadakan pada 24 Februari, sehari sebelum pembukaan rasmi persidangan.

Mereka dijangka akan memperkenalkan model Mi Mix 3 dengan sokongan sambungan 5G pada acara tersebut.



Peranti terbaru Xiaomi itu telah dipertontonkan buat pertama kali di acara CES 2019 baru-baru ini. Model berkenaan dikatakan menyokong sambungan internet dengan kepantasan sehingga 2-gigabit persaat.

Bagaimanapun, pemerhati meramalkan tiada perbezaan ketara bagi model berkenaan jika dibandingkan dengan Mi Mix 3 edisi biasa.

Apa-apa pun seperti biasa, kita tunggu maklumat lanjut mengenai perkara ini dalam masa terdekat.

 

Sumber: GSMArena