Xiaomi Mengumumkan Lagi Dua Model, Mi 8 Pro Dan Mi 8 Lite

Xiaomi semalam telah mengumumkan dua buah model di dalam keluarga Mi 8, iaitu Mi 8 Pro (edisi pengimbas cap jari dalam paparan di China) dan Mi 8 Lite (Mi 8 Edisi Youth).

Mi 8 Pro



Membawakan spefikasi seperti versi standard tetapi ia dilengkapi dengan ciri imbasan cap jari dalam paparan. Dari segi warna ia ditawarkan dengan warna cerun Sunset Gold dan juga satu lagi adalah panel belakang telus seperti Mi 8 Explorer Edition.

Dari segi paparan ia mengenakan skrin OLED dengan takuk, GPS dwi frekuensi, dwi kamera belakang 12MP+12MP dan nyahkunci skrin menggunakan imbasan wajah yang disokong sensor inframerah.

Harga permulaan adalah 3199 Yuan (~RM 1932) bagi model 6GB/128Gb dan 3599 Yuan (~RM 2174) untuk 8GB/128GB.

Mi 8 Lite

Disebut sebagai model bajet dalam keluarga Mi 8. Dipacu dengan cip pemprosesan Snapdragon 660 dan dipasang dengan skrin LCD 6.26 inci. Dwi kamera belakang pula menggunakan lensa 12MP+5MP (f/1.9) manakala kamera selfie pula adalah 24MP.

Dijana dengan bateri 3350mAh, versi ini dijual pada harga 1399 Yuan (~RM 845) untuk 4GB/64GB sementara 6GB/128GB didagangkan pada harga 1999 Yuan (~RM 1208).

Penawaran di Malaysia masih belum diketahui lagi.