Xiaomi dilihat sedang membuat persiapan untuk mengadakan acara istimewa pada 24 September ini di mana ia akan memperkenalkan telefon pintar 5G terbaru iaitu Xiaomi Mi 9 Pro dan Mi Mix 4.
Di samping dua peranti baru tersebut, syarikat itu juga akan memperkenalkan MIUI 11 serta Mi TV.
Mi 9 Pro dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang sama dengan Mi 9 dengan skrin super AMOLED 6.39 inci yang sama. Ia akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+ dan mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4,000 mAh.
Telefon ini juga akan menjadi peranti pertama untuk menyokong pengecas tanpa wayar 30W Mi Charge Turbo yang telah diumumkan minggu lepas.
Bagi Mi Mix 4 pula, dikhabarkan ia juga akan datang dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+ dan paparan skrin QHD melengkung. Apa yang lebih menarik, peranti ini akan dilengkapi dengan lensa kamera terbaru 108MP bersama lensa telefoto dan lensa ultra sudut lebar. Menurut beberapa spekulasi, peranti ini mungkin akan dipanggil dengan nama Mi Mix Alpha tetapi masih belum ada kenyataan rasmi dari Xiaomi mengenai nama lain peranti ini.
Sumber:gsmarena
Berkaitan
- Xiaomi Sahkan Akan Melancarkan Mi Mix Alpha, Telefon Boleh Lipat Pertama Xiaomi?
- Iphone 11 Pro Max Menewaskan Huawei Mate 30 Pro Dan Samsung Galaxy Note 10+ Dalam Ujian Bateri Oleh Mrwhosetheboss
- Pra-Tempah Oppo A9 2020 Untuk Mendapat Hadiah Ekslusif Bernilai RM 258
- Shopee Perkasakan Jenama dan Penjual Malaysia Untuk Manfaatkan Ledakan E-Dagang Sempena 10.10 Brands Festival
- Maxis Dan UKM Bekerjasama Untuk Melonjakkan Pembelajaran Digital Di Malaysia
- ASUS Malaysia Mengumumkan Beberapa Model Siri ROG Untuk Pasaran Tempatan
- Redmi K30 Bakal Hadir Dengan “Dual Frequency GPS”
- Xiaomi Semakin Menghampiri Menjadi Syarikat Bertaraf Global
- iPhone 11 Berjumlah Lebih RM 475,000 Telah Dicuri Di Dalam Sebuah Kereta Di Oregon
- Anda Padu Main FIFA19? Sertai My E-Games Championship Fifa 19 Dan Berpeluang Menangi RM10,000