Xiaomi Mengeluarkan Imej Promosi Untuk Mi 5X

Xiaomi baru-baru ini telah mengumumkan akan melancarkan peranti Mi 5X pada 26 Julai.

Syarikat China itu juga telah mengeluarkan imej promosi yang memberi gambaran kepada prospek pelanggan tentang peranti terbaru mereka.

Peranti itu bakal ditawarkan dalam 3 pilihan warna: hitam, rose gold, dan gold.



Peranti itu akan menyematkan kamera dual di bahagian belakang dan juga pengimbas cap jari juga di bahagian belakang peranti.

Xiaomi berkata Mi 5X akan menggunakan Android Nougat dengan MIUI 9.





Berikut merupakan spesifikasi untuk Xiaomi Mi 5X:

  • Paparan 5.5 inci dengan resolusi HD penuh.

  • Cip Qualcomm Snapdragon 625

  • 4 GB RAM


Perlu diingatkan spesifikasi di atas masih dalam samar-samar dan sekadar khabar angin.

Harga jualan dijangka akan dijual pada harga RM 1,300.00

Sumber