Xiaomi Mencantas Nokia Dengan Menakluki Pasaran Telefon Pintar Di Russia

Menurut laporan oleh laman analisis Yandex dari Russia, jenama telefon pintar dari China iaitu Xiaomi telah berjaya mengekalkan dominasi pasaran telefon pintar di Russia selama 4 tahun berturut-turut.

Yandex mendapati, jenama telefon pintar Xiaomi terus menjadi pilihan nombor satu pengguna di Russia.

Xiaomi dilaporkan mula berjaya menambat hati pengguna Russia pada tahun 2016 dahulu menerusi model Redmi 4 Prime dan Redmi Note 3 Pro.

Selepas itu, Xiaomi terus berjaya mendominasi pasaran telefon pintar Russia menerusi keluaran model-model terbaru mereka. Kejayaan itu dicapai dengan penawaran pakej menarik iaitu harga mampu milik beserta dengan spesifikasi peranti yang memberikan prestasi terbaik kepada pengguna.

Menurut Yandex, hasil dari kaji selidik mereka mendapati 28% pengguna di Russia akan memilih Xiaomi. 22% akan memilih Samsung dan 19% lagi memilih Apple.

Data yang diperolehi Yandex itu adalah hasil daripada data terkumpul selama 10 tahun iaitu dari 1 Januari 2010 hingga 18 Oktober 2020.

Dari data itu juga menunjukkan, Nokia yang pernah satu ketika dahulu menjadi jenama telefon paling popular di Russia bahkan juga di seluruh dunia pada tahun 2010 dahulu telah di atasi jenama telefon pintar dari Samsung, Apple dan Xiaomi.

Sumber: Tekdeeps