Xiaomi Memberi Bayangan Tentang Power Bank Beserta Port USB Type-C







Xiaomi
mengumumkan produk terbaharu mereka melalui laman Weibo mereka. Berdasarkan
foto yang dimuat naik itu, ramai membuat ramalan Xiaomi akan memperkenalkan
power bank yang mempunyai port USB Type-C.










DIfahamkan
produk tersebut akan berada dipasaran pada 21 September ini. Tiada maklumat
lain yang didedahkan syarikat berkenaan kecuali sebuah imej berwarna hijau dan
mempunyai angka “100”. Berdasarkan pemerhatian ramai, ikon “100” itu berbentuk
seakan-akan port penyambung Micro USB Standar dan port USB Type-C. Ini mungkin
bermaksud, Xiaomi bakal mengeluarkan power bank mereka yang pertama mempunyai
port USB Type-C.





Kebanyakkan
peranti mudah alih dipasaran sekarang dilengkapi dengan port USB Type-C, dan
oleh yang demikian Xiaomi tampil dengan power bank berkenaan. Selain itu, power
bank itu juga dikhabarkan mampu mengecas beberapap peranti dalam satu-satu
masa.




Sumber: Stuff
Malaysia

Berkaitan