Xiaomi Melancarkan MiTu Kids Watch 4X - Jam Kanak-Kanak Dengan Dwi-Kamera Dan Bateri 7 Hari

Di China, Xiaomi telah mengumumkan sebuah jam pintar khusus untuk kanak-kanak yang dinamakan MiTu Kids Watch 4X.



 

Ia dilengkapi dengan paparan 1.52 inci dan hadir dengan sokongan panggilan HD VoLTE serta GPS untuk membolehkan ibu bapa menjejak lokasi anak mereka.

Menariknya terdapat 2MP kamera untuk panggilan video dan 5MP kamera yang diletakkan pada sisi untuk melihat persekitaran.

Jam ini juga hadir dengan ciri kalis air sehingga 20M dan bateri 830mAh yang didakwa mampu bertahan sehingga 7 hari.

Antara lain adalah terdapat sokongan pembantu maya Xiaomi iaitu Xiao Ai untu membantu kanak-kanan mempelajari perkataan atau glosari baharu, menyemak cuaca, bermain muzik, serta bertanyakan soalan.

Xiaomi MiTU Kids Watch 4X ini hanya dijual di China sahaja pada masa ini dengan memegang harga jualan 549 Yuan (~RM332).

Sumber: Xiaomi

Berkaitan