Xiaomi Melancarkan Mi Electric Shaver Dan Mi Wireless Powerbank Buat Pasaran Malaysia

Umum mengetahui bahawa Xiaomi merupakan salah satu jenama yang mempunyai banyak produk. Hari ini, Xiaomi telah melancarkan dua produk ekosistem mereka iaitu Mi Electric Shaver dan Mi Wireless Power Bank.

Mi Electric Shaver S500




Dengan menggunakan Motor Mabuchi 260, Mi Electric Shaver S500 ini mempunyai tork yang tinggi dan kelajuan putaran dengan dua mod yang berbeza untuk memenuhi keperluan pencukuran anda.

Ia menampilkan ciri-ciri kalis air IPX7 dan peranti ini boleh dibilas secara langsung dan boleh bercukur dalam keadaan kering dan juga basah.



Peranti ini menggunakan pengecasan USB-C dan baterinya mampu bertahan sehingga 60 minit dengan sekali cas bersamaan dua bulan penggunaan. Selain itu, ia hadir dengan paparan skrin LED yang akan memaparkan status bateri, peringatan bercukur dan juga fungsi travel lock.

Peranti ini dijual pada harga RM 169 dan boleh dibeli secara dalam talian di Lazada dan Shopee serta kedai rasmi Xiaomi Malaysia.

10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential




Power Bank dari Xiaomi ini membolehkan pengguna menggunakannya secara tanpa wayar sehingga 10W. Saiz power bank ini adalah 10,000mAh dan mampu mengecas kesemua peranti yang menyokong Qi.

Ia juga menampilkan ciri-ciri Intelligent FOD Detection yang akan mengelakkan kehilangan kuasa apabila terdapat barang logam seperti kunci atau syiling bersentuhan pada peranti ini.



Selain itu, rekaan powerbank ini menggunakan rekaan anti-slip dan mampu mengecas dua peranti secara serentak.

Mi Wireless Power Bank ini dijual pada harga RM 109 dan boleh didapati di Lazada serta kedai rasmi Xiaomi Malaysia.