Mi Electric Shaver S500
Dengan menggunakan Motor Mabuchi 260, Mi Electric Shaver S500 ini mempunyai tork yang tinggi dan kelajuan putaran dengan dua mod yang berbeza untuk memenuhi keperluan pencukuran anda.
Ia menampilkan ciri-ciri kalis air IPX7 dan peranti ini boleh dibilas secara langsung dan boleh bercukur dalam keadaan kering dan juga basah.
Peranti ini menggunakan pengecasan USB-C dan baterinya mampu bertahan sehingga 60 minit dengan sekali cas bersamaan dua bulan penggunaan. Selain itu, ia hadir dengan paparan skrin LED yang akan memaparkan status bateri, peringatan bercukur dan juga fungsi travel lock.
Peranti ini dijual pada harga RM 169 dan boleh dibeli secara dalam talian di Lazada dan Shopee serta kedai rasmi Xiaomi Malaysia.
10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential
Power Bank dari Xiaomi ini membolehkan pengguna menggunakannya secara tanpa wayar sehingga 10W. Saiz power bank ini adalah 10,000mAh dan mampu mengecas kesemua peranti yang menyokong Qi.
Ia juga menampilkan ciri-ciri Intelligent FOD Detection yang akan mengelakkan kehilangan kuasa apabila terdapat barang logam seperti kunci atau syiling bersentuhan pada peranti ini.
Selain itu, rekaan powerbank ini menggunakan rekaan anti-slip dan mampu mengecas dua peranti secara serentak.
Mi Wireless Power Bank ini dijual pada harga RM 109 dan boleh didapati di Lazada serta kedai rasmi Xiaomi Malaysia.
Berkaitan
- Xiaomi Bakal Melancarkan Produk Baharu Pada 15 September
- iOS 14.5 Boleh Dimuat Turun Bermula Minggu Hadapan
- Canon Perkenal Projektor Mini Tanpa Wayar, Ditawarkan Pada Harga RM2,199
- 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian', Atome Kini Rasmi Di Malaysia
- 4 Juta Data Rakyat Malaysia Milik JPN Dilapor Disenarai Untuk Jualan
- Siri Samsung Galaxy Tab S8 Rasmi, Tablet Android Dengan Harga Premium
- Ini Harga realme Buds Wireless 2 Dan Buds Wireless 2 Neo Di Malaysia
- Siri Baharu, Xiaomi Civi Akan Diumumkan Minggu Depan
- Xiaomi Mi 11 Lite 5G Diperkenalkan, Telefon Nipis Dengan Cip Snapdragon 780G
- Redmi K40 Game Edition Tampil Dengan 'Keyboard' Razer