Xiaomi Malaysia Umum Kemaskini Harga Peranti Dan Promosi #MiDahGila

Baru-baru ini, Xiaomi Malaysia mengumumkan promosi istimewa telefon pintar terbaik keluaran mereka. Selaras dengan pembukaan tahun baru, mereka mengadakan harga promosi ini bagi pelanggan-pelanggan yang setia.

Bagi setiap pembelian Xiaomi Mi Note 10 yang berharga RM 2,099, pengguna berpeluang mendapatkan Mi A2 Lite secara percuma yang bernilai RM 599. Bagi pembelian Xiaomi Mi Note 10 Pro yang berharga RM 2,499 pula, pelanggan juga berpeluang menerima Redmi 7A secara percuma yang bernilai RM 399.

Selain itu, Xiaomi juga turut mengemaskini harga bagi peranti-peranti yang lain seperti model Redmi 8, Redmi Note Pro dan Redmi Note 8. Harga yang terbaru bagi ketiga-tiga model adalah seperti di bawah :

  • Redmi 8 (4GB + 64GB) - RM 549

  • Redmi Note 8 (4GB + 128GB) - RM 799

  • Redmi Note 8 (4GB + 64GB) -RM 699

  • Redmi Note 8 Pro (6GB + 128GB) -RM 999

  • Redmi Note 8 Pro (6GB + 64GB) - RM 899


Tawaran ini sedang berlangsung dan anda yang mahu dapatkan, boleh dapati menerusi semua Mi Store yang sah di seluruh Malaysia.