Xiaomi Malaysia Tawarkan Potongan Harga Sehingga 32% Sempena Ulang Tahun Ke-8 Lazada

Bersempena ulang tahun Lazada yang kelapan, Xiaomi Malaysia menawarkan potongan harga sehingga 32% beberapa peranti keluaran mereka. Tawaran ini dibuka pada 27 Mac 2020 sahaja dan boleh dapatkannya melalui kedai rasmi Xiaomi Malaysia di Lazada.

Redmi Note 9S

xiaomi

Telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan pada dua hari lepas kini tersedia dengan harga promosi iaitu RM 699 untuk variasi 4GB+64GB sahaja. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 720G dan mempunyai paparan skrin bersaiz 6.67 inci.

Kamera belakang dilengkapi dengan 48MP bagi kamera utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP depth. Kamera hadapan pula menggunakan lensa 16MP. Selain itu, peranti ini mempunyai fungsi imbasan wajah serta cap jari pada bahagian butang kuasa.

Redmi Note 8 Pro

xiaomi

Redmi Note 8 Pro yang pada asalnya berharga RM 899 kini ditawarkan dengan harga RM 769 bagi variasi storan 6GB+64GB. Peranti ini merupakan telefon pintar pertama Xiaomi yang menggunakan kamera 64MP.

Sekitar sebulan yang lepas, Redmi Note 8 Pro telah tersenarai dalam Global Top Smartphones in Q4 2019 yang merupakan pencapaian membanggakan bagi syarikat Xiaomi. Telefon pintar ini dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G90T dan merupakan peranti yang sesuai untuk para gamers.

Redmi 8

xiaomi

Dilancarkan secara rasmi pada Oktober lepas, Redmi 8 dengan variasi 3GB+32GB kini boleh didapati dengan harga RM 379 bersempena tawaran ini. Mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh membolehkan penggunaan yang panjang bagi pengguna. Redmi juga dilengkapi dengan pengecasan pantas 18W yang dipasangkan dengan USB Type-C.

Redmi 7A

xiaomi

Redmi 7A (2GB+32GB) kini ditawarkan dengan harga RM 229. Dikuasakan dengan Snapdragon 439, bateri berkapasiti 4000mAh dan pengecasan 10W. Peranti ini juga mempunyai pembesar suara yang lebih baik serta keupayaan untuk menerima isyarat radio FM tanpa antena luaran.