Xiaomi Malaysia Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Ketibaan Peranti Black Shark

Telefon pintar menfokuskan permainan video, Black Shark telah semakin hampir untuk tiba ke pasaran tempatan setelah hampir setahun dilancarkan.

Ia sudah boleh dipra-tempah melalui pengedar telefon atas talian terkenal tempatan, DirectD sejak beberapa hari yang lepas.

Kapsyen: Mi Malaysia


Sehubungan dengan itu, Xiaomi Malaysia telah memberi penjelasan mengenai servis selepas jualan serta waranti peranti berkenaan dalam satu kenyataan melalui akaun Facebook rasmi mereka pada 14 Februari lalu.

Menurut mereka, jenama Black Shark bergerak secara sendirian dan segala waranti atau servis selepas jualan tidak boleh dituntut daripada pihak Xiaomi Malaysia ketika ini.



Pihak DirectD juga hanya menyatakan bahawa peranti jualan mereka akan dilindungi oleh pengedar sah Black Shark Malaysia, dan bukannya Xiaomi Malaysia dalam kiriman mengenai pra-tempahan peranti itu di akaun Facebook mereka.

Pihak Xiaomi Malaysia juga berharap agar dengan kenyataan ini, ia akan dapat memberi penjelasan kepada bakal pembeli Black Shark di negara ini.

 

Sumber: Xiaomi Malaysia    DirectD