Seperti yang semua sedia maklum, Xiaomi merupakan pengeluar pertama yang memperkenalkan telefon pintar dengan kamera 108MP, Xiaomi Mi Note 10.

Mi Note 10 telah dijadualkan perasmiannya pada 3 Disember ini dan kini, Xiaomi Malaysia sedang mencari 100 orang peminat bertuah untuk merasai kenikmatan menggunakan peranti tersebut lebih awal.

Melalui 100 Mi Experiencer Program yang bakal dijalankan, peminat Xiaomi tempatan yang terpilih akan diberi peluang menggunakan Mi Note 10 dalam tempoh dua minggu. Pendaftaran untuk menjadi salah seorang daripada 100 peserta yang dicari itu sudahpun bermula dan ia bakal ditutup pada 29 November ini.

IKLAN

Setelah terpilih, peserta perlu membayar deposit berjumlah RM500 (akan dikembalikan) sebelum boleh mengambil peranti berkenaan. Pendaftaran boleh dibuat disini> 100 Mi Experiencer Program: Mi Note 10 Pro Registration Form.

Jadi bagi anda yang ingin mencuba nasib dan mahu merasai Xiaomi Mi Note 10 lebih awal, bolehlah lakukan pendaftaran sekarang.