Xiaomi Lancarkan Skuter Elektrik Dengan Kelajuan Maksimum 25km/h

Xiaomi telahpun melancarkan sebuah skuter elektrik yang diberi nama Ninebot Mini pada bulan Oktober yang lepas dan Qicycle Electric Folding Bike pada bulan June. Kini syarikat yang berpangkalan di China tersebut akan tampil dengan produk baru iaitu Mi Electric Scooter semasa acara MIJIA.

Apa yang menariknya, ianya dibina bersama aloi aluminium yang membolehkan ianya dilipat. Berbanding skuter elektrik yang lain di pasaran, harga dari Xiaomi dikatakan agak murah jika dibandingkan dari segi kualiti, bahan yang ringan dan tahan lasak, dan juga jenama Xiaomi itu sendiri. Ianya dijual pada harga CNY 1999 (RM 1276). Ketika ini kebanyakkan skuter elektrik yang berada di pasaran Malaysia yang tidak berjenama berharga sekitar RM 1800-2500. Antara jenama skuter elektrik kelas atasan adalah seperti Maxtra atau Razor. Ianya juga akan dijual secara meluas bermula 15 Disember ini.

Mi Electric Scooter memiliki kelajuan maksimun sebanyak 25 km/h dan datang dengan bateri LG 1850 EV-Lithium dengan kapasiti 280Wh yang menawarkan perjalanan sehingga 30km (dengan berat 75kg). Selain itu, jika anda mahu menjimatkan penggunaan bateri, skuter dari Xiaomi ini mampu menukarkan tenaga kinetik ke tenaga elektrik dengan menggunakan fungsi 'recovery'.

Skuter ini dibina dengan kadar tork motor sebanyak 16N.m dengan 250W kuasa dan memberikan kuasa maksimum sehingga 500W. Bateri yang digunakan mempunyai sistem dwi-brake. Satu tayar di bahagian depan mempunyai sistem ABS anti-lock manakala di bahgian belakang pula dilengkapi dengan brake disk mekanikal. Dari segi rekaan pula, skuter ini dilengkapi dengan ciri lampu LED 1.1W yang mampu memberi cahaya sejauh 6 meter. Selain daripada itu, lampu amaran yang bewarna merah bersama 4 lampu penunjuk LED.

Pihak kami merasakan skuter berkuasa kecil seperti Xiaomi Mi Electric Scooter ini mampu menarik minat pengguna di Malaysia. Dengan cuaca yang panas dan lembap, ternyata kenderaan seperti basikal dan skuter ini tidak praktikal di negara kita. Namun, dengan keupayaan boleh dilipat dan berat hanya 12.5kg yang ditawarkan oleh Xiaomi sedikit sebanyak membantu menjadikan skuter elektrik lebih realistik digunakan kerana ianya mudah untuk dibawa kemana-mana.