Xiaomi Lancarkan Redmi Note 5 Dan Redmi Note 5 Pro

Xiaomi akhirnya melancarkan dua model baru, Redmi Note 5 dan Redmi Note 5 Pro pada acara pelancaran yang berlangsung di India.

Kedua-duanya membawakan saiz skrin paparan yang sama iaitu 5.99 inci, tetapi dibezakan dari segi kelengkapan dalaman.



Redmi Note 5 Pro



Ditampilkan dengan cip pemprosesan baru iaitu Snapdragon 636 bersama Kyro 260 yang dikunci pada kelajuan 1.8 Ghz bersama GPU 509.

Terdapat dua pilihan RAM iaitu 4GB dan 6GB beserta ruang simpanan berkapasiti 64GB. Tetapan dwi kamera belakang dilihat menggunakan lensa 12MP dan 5MP manakala dihadapan menggunakan lensa 20MP bersama-sama LED Flash.

Menariknya, Redmi Note 5 Pro merupakan peranti pertama dari Xiaomi yang hadir dengan sistem imbasan wajah untuk nyahkunci skrin.

Tidak mempunyai ciri pengecasan pantas untuk bateri 4000mAh dan tiada port USB-C. Peranti  ini akan menjalankan MIUI 9 disamping sistem operasi Android Nougat. Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Hitam, Emas, Emas Merah Jambu, dan Biru.

Redmi Note 5



Perlu anda tahu bahawa, Redmi Note 5 yang dilancarkan ini merupakan model sama seperti Redmi 5 Plus yang telah diumumkan untuk pasaran Malaysia awal Februari lepas.

Skrin 18:9 dengan sokongan resolusi 2160 x 1080, ia dipacu dengan cip pemprosesan Snapdragon 625. Disediakan dengan variasi memori RAM 3GB atau 4GB manakala untuk storan dalaman adalah 32GB atau 64GB.

Panel belakang diletakkan kamera 12MP, sementara bahagian hadapan untuk kamera swafoto menggunapakai lensa 5MP dengan LED Flash.

Kapasiti bateri sama seperti Redmi Note 5 Pro iaitu 4ooomAh tanpa fungsi pengecasan pantas dan hanya dilengkapi dengan port MikroUSB. Variasi warna sama seperti model Pro.

Harga jualan Redmi Note 5 yang ditetapkan untuk pasaran India adalah INR9,999 (~RM610.76) dan Redmi Note 5 Pro dipasarkan pada harga INR13,999 (~RM855.08), mengikut tukaran matawang asing semasa.

Sumber: Mi India