Xiaomi Lancarkan Pam Mudah Alih MIJIA

Jika anda mengenali Xiaomi, syarikat ini bukan sahaja meningkat naik dalam pasaran telefon pintar malah turut menawarkan perkakasan elektronik, IoT dan pelbagai lagi produk menerusi sub-jenama mereka, MIJIA.

Terbaru, sebuah produk dikenali sebagai MIJIA Bicycle Pump telah dilancarkan syarikat asal China itu. Pam mudah alih ini dikatakan menghasilkan tekanan udara 150psi yang mana mampu mengisi angin pada tayar bagi basikal, motorsikal mahupun kereta.



Direka bentuk supaya mudah dibawa kemana-mana, ia dilengkapkan dengan bateri 18650mAh. Difahamkan, satu pengecasan penuh berupaya mengisi angin tayar kereta 17 inciĀ 215/60 sebanyak 5 kali.

Harga jualan produk ini untuk pasaran China adalah 199 yuan atau sekitar ~RM 122 mengikut tukaran matawang asing semasa.

Sumber: MyDrivers