Tidak ketinggalan bahawa mereka ingin memasuki pasaran dalam gaming. Selepas komputer riba gaming, mereka hari ini melancarkan gaming monitor.
Monitor yang dilancarkan di China itu diberi nama Xiaomi Fast LCD dan ia hanya boleh di pra-tempah di JD.com dengan harga 1,499 yuan (~RM 930).
Ia hadir dengan skrin 24.5 inci dengan panel IPS FHD beresolusi 1080p. Kemungkinan 'fast' pada nama monitor ini adalah kerana menyokong kadar segar semula 144Hz serta kadar tindak balas 2ms GTG.
Kecerahan monitor ini mampu mencapai 400cd/m2 dan sokong 95% DCI-P3 warna gamut serta 100% sRGB.
Selain terdapat Adaptive-Sync, monitor ini juga menerima penarafan HDR400 dan sokong HDR bagi paparan imej yang berkualiti tinggi.
Turut dilengkapi dua port HDMI 2.0, DisplayPort 1.2, bicu audio dan port sambungan kuasa.
Bagi rekaan monitor ini, ia kelihatan minimal serta hadir dengan paparan ergonomic dimana ia boleh digerakkan ke atas dan memutarkan panel mengikut kehendak pengguna.
Sumber: gizmochina
Berkaitan
- Beli Monitor Dan 'Motherboard', Percuma Game
- Xiaomi Mi 11 Lite, Telefon Pertama Dengan Cip Snapdragon 780G
- POCO F3 GT Akhirnya Rasmi Dilancarkan, Telefon Gaming Murah
- Xiaomi Mi Mix 4 Muncul Di Senarai TENAA, Mungkin Ini Spesifikasinya
- Desktop 'Gaming' Acer Predator Dan Nitro Kini Dikuasakan Cip Intel Gen-13
- Xiaomi Pintas Apple Untuk Pengeluar 'Wearable Band' Setakat Suku Kedua 2021
- Telefon Gaming Pertama Redmi Dilancarkan, Harga Mampu Milik
- Xiaomi Akan Ada MIUI Pure Mode, Tak Boleh 'Sideloading Apps'
- Xiaomi Perkenal Konsep Kaca Mata Pintar - Xiaomi Smart Glasses
- Lagi Telefon Pintar Xiaomi Didakwa Meletup