Xiaomi Lancarkan Mi MIX Dengan Rekaan Tanpa Bezel

Awal pagi ini Xiaomi telah mempersembahkan telefon pintar konsep tanpa bezel yang diberi nama Mi MIX di Beijing. Telefon yang yang mempunyai ukuran 6.4 inci akan mula dijual di pasaran China bermula 4 November ini. Ianya akan memiliki 91.3% skrin dan dibina dengan seramik. Mi MIX menggunakan pemproses Snapdragon 821 dan yang menariknya, telefon ini mempunyai saiz RAM sebesar 6GB.

Selain mempunyai kuasa yang besar, telefon ini dilengkapai dengan kapasiti bateri bersaiz 4,400 mAh, sensor cap jari dan 16 Mega-pixel kamera belakang dan 5 Mega-pixel kamera hadapan. Kamera depan terletak di bahagian bawah kerana tiada ruang di bahagian atas (tanpa bezel).

mimix-2

Mi MIX akan datang dengan dua pilihan iaitu pilihan 4GB dengan 128GB storan dalaman dan pilihanĀ 6GB dengan 256GB storan dalaman.Mi MIX direka sepenuhnya oleh seorang pereka terkenal iaitu Philippe Starck. Xiaomi juga mempersembahkan peranti baru mereka Xiaomi Note 2, sebuah phablet yang berkuasa tinggi yang mana mempunyai rekaan sisi lengkung yang lebih kurang sama dengan Samsung Note 7.

download