Xiaomi Lancarkan Jam Pintar Amazfit Dengan Sensor Kadar Degupan Jantung





















Amazfit merupakan salah satu syarikat yang dimiliki oleh Huami, syarikat
pengeluar peranti jam pintar eksklusif untuk Xiaomi. Kini, selepas
sekian lama jam tangan pintar Xiaomi dinantikan, hari ini mereka telah
pun mengumumkan jam tangan pintar dengan integrasi GPS yang dinamakan
sebagai Amazfit Sports Smartwatch pada Selasa lepas.



Seperti kebanyakkan
produk yang dipasarkan melalui Xiaomi, jam tangan Amazfit Sports
Smartwatch ini turut disasarkan untuk pasaran China sahaja buat masa
ini.















Dari segi spesifikasi, jam tangan pintar ini hadir dengan skrin
1.34-inci dengan resolusi 300×300 pixel, cip prosessor dual-core
1.2Ghz, memori dalaman adalah 4GB dan mempunyai 512MB RAM . Peranti ini juga hadir
dengan integrasi cip GPS didalamnya selain sensor denyutan jantung.
Melalui ruangan storan terbina, pengguna boleh menyimpan sejumlah lagu,
dan mendengarnya melalui fon telinga ketika bersenam melalui penggunaan
Bluetooth.



Dari segi masa bertahan bateri, Amazfit Sports Smartwatch ini
dikatakan menawarkan masa penggunaan dengan sokongan notifikasi aktif
selama 5 hari. Sekiranya GPS diaktifkan, ia mampu bertahan selama 35
jam, dan sekiranya digunakan sebagai jam sahaja, ia mampu bertahan
selama 11 hari. Ianya mempunyai kapasiti bateri sebanyak 200mAh. Pihak Xiaomi juga memberitahu peranti iniboleh di sambungkan ke peranti Android melalui aplikasi MiFit.