Xiaomi Lancar Mi Display 1A - Monitor Bezel Nipis Mampu Milik Pada Harga Sekitar RM433

Dari segi portfolio paparan, Xiaomi sememangnya telah pun hadir dengan Mi TV yang popular di China. Hari ini mereka menambah produk dalam kategori tersebut dengan mengumumkan monitor mampu milik Xiaomi Mi Display 1A.



Ia mempunyai saiz 23.8 inci Full HD serta bezel yang nipis dengan teknologi IPS LCD. Kadar segar semula yang disokong adalah setakat 60Hz dan lewah masa tindak balas 6ms.

Sebagai sebuah paparan mampu milik, ia hanya menyokong satu slot HDMI sahaja. Namun dari segi rekaan keseluruhan, ia mempunyai ciri-ciri menyembunyikan kabel untuk tempat kerja yang lebih kemas.



Walaupun dari segi spesifikasi tiada apa yang menggiurkan, apa yang menarik adalah harga jualan. Di China, Xiaomi Mi Display 1A ini dijual pada harga 699yuan (~RM433). Sebagai perspektif, harga jualannya untuk sebuah paparan Full HD 60Hz dengan panel IPS adalah sangat mampu milik.

Jika ia dibawa masuk ke Malaysia, sudah tentu ia bakal menjadi produk panas yang laris dijual di sini.

Sumber: Xiaomi

 

Berkaitan