Xiaomi Kongsikan Ciri Baru Yang Bakal Hadir Pada MIUI 10 Dan 11

MIUI 10 dan MIUI 11 bakal ditambah baik dengan ciri-ciri baru sepertimana yang dikongsikan pada forum rasmi MIUI di China.

Ia menyenaraikan sejumlah besar ciri-ciri yang sedang dipersiapkan, dirancang untuk ditambah pada masa depan serta ciri yang akan dipertimbangkan untuk ditambah ke dalam sistem antaramuka tersebut.

Beberapa ciri sudahpun tersedia pada ROM versi China dan bakal dikemaskini kepada versi global.

Ciri yang sedang dipersiapkan adalah;

  • Selepas nyahkunci skrin, lockscreen akan terpapar dan bukannya terus masuk ke paparan utama.

  • Efek bunyi baru

  • Aktifkan skrin dengan arahan suara

  • Mod gelap

  • Mengoptimumkan fungsi penjimatan tenaga


Ciri yang dirancang untuk ditambah pada masa depan;

  • Setelah siap memasang aplikasi, fail APK tersebut akan dipadam secara automatik

  • Recycle Bin untuk album foto

  • Mod kanak-kanak

  • Animasi baru ketika pengecasan


Untuk senarai lengkap, boleh lanjutkan bacaan ke laman forum MIUI dan aktifkan terjemahan.

Sumber: MIUI via GizChina