Alasan sekatan tersebut sudah adalah dikatakan Xiaomi dan 8 lagi syarikat lain itu terlibat dengan ketenteraan komunis China yang beroperasi langsung atau secara tidak langsung di Amerika.
Seperti yang dilaporkan oleh Reuters, jika ada pelabur Amerika yang melabur dalam senarai syarikat yang disekat ini, mereka perlu melupuskan pegangan pelaburan mereka sebelum 11 November 2021.
Ini adalah disebabkan arahan oleh Trump pada November 2020 yang mengharamkan rakyat Amerika untuk melabur pada mana-mana syarikat yang disekat bermula 11 November 2021.
Senarai ini walau bagaimanapun berbeza dengan senarai entiti Huawei yang langsung tidak boleh berurus niaga antara satu sama lain. Namun. hanyalah sekadar menghalang pelaburan sahaja
Jika mengikut akta yang ditetapkan oleh Amerika, syarikat Xiaomi tidak boleh membeli dan mendapatkan servis dari syarikat Amerika.
Apa kesannya terhadap Xiaomi?
Situasi ini sedikit berbeza dengan syarikat seperti Huawei dan ZTE. Kedua-dua syarikat ini mempunyai negara China yang menjadi tulang belakang menyokong dan menyalurkan duit, tetapi untuk Xiaomi, mereka merupakan syarikat yang banyak bergantung kepada sumber global.
Buat masa ini, Xiaomi belum lagi membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung perkara ini.
Selain Xiaomi, syarikat besar lain seperti Cnooc (minyak), Comac (kapal terbang) turut terlibat dalam senarai sekatan yang sama.
Sebelum ini, DJI dan SMIC juga telah disekat dari berurus niaga dengan Amerika Syarikat.
Sumber: Reuters
Berkaitan
- Kilang iPhone Di China Kembali Beroperasi, Namun Pembekal Risau 'Tiada Siapa Mahu Beli'
- Poco F2 Pro Pada RM1999, Redmi 9 Berharga RM459 Sempena Jualan Pertengahan Tahun Xiaomi
- Xiaomi Mi Band 5 Akan Hadir Dengan Pengecasan Magnetik
- Xiaomi Umum Ninebot Gokart Pro Edisi Lamborghini Dengan Kelajuan Maksimum 40km/h
- Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar Xiaomi Kini Mencapai Sehingga 40W Lajunya
- Fall Guys Akan Hadir Untuk Versi Telefon Pintar, Dibangunkan Oleh Syarikat Bilibili Dari China
- Ada Dokumen Dakwa Huawei Terlibat Dengan Pengawasan Kerajaan China
- Xiaomi Mi 10 Ultra Dan Redmi K30 Ultra Tidak Akan Dipasarkan Di Luar China Buat Masa Ini
- Xiaomi Lancar Mi Display 1A - Monitor Bezel Nipis Mampu Milik Pada Harga Sekitar RM433
- Amerika Syarikat Senarai Hitam Sekitar 60 Syarikat China Termasuk DJI