Xiaomi Kembali Ke Tempat Ke-5 Sebagai Pembuat Telefon Pintar Terbesar Di Dunia

Tahun 2017 menyaksikan tahun yang baik untuk Xiaomi dan OPPO memandangkan mereka mengalami suku ke-2 yang baik.

Xiaomi yang telah memintas Vivo untuk menjadi jenama telefon pintar ke-5 terbesar di dunia dengan penghantaran 23.2 juta telefon pintar.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 58% dari tempoh yang sama pada tahun lepas dengan pegangan pasaran global sebanyak 6.4%

Xiaomi yang mempunyai kedai 137 Mi Home di China dan sedang meluaskan pasaran mereka dengan mengambil pinjaman sebanyak RM 4.2 bilion.

Syarikat itu telah menumpukan perhatian mereka ke pasaran India dan usaha itu membuahkan hasil.

OPPO pula menyaksikan peningkatan yang sihat dengan naik 64% dan berjaya menarik pelanggan dari pesaing mereka seperti ZTE, LG dan Alcatel di China, India dan Eropah.

Penghantaran global telefon pintar meningkat sebanyak 6% kepada 360,4 juta peranti dengan Samsung masih lagi di tempat pertama dengan 79.5 juta penghantaran.

Gergasi Korea Selatan itu kini mempunyai pegangan pasara global sebanyak 22.1% sementara Apple di tempat kedua.