Xiaomi Redmi Note 4 telah dilancarkan pada Ogos yang lepas dan pada waktu itu hanya terdapat tiga variasi warna iaitu, Emas, Perak dan Kelabu. Terbaru, syarikat pengeluar telefon pintar berkenaan menambah dua lagi variasi warna-Biru dan Hitam.

IKLAN

Redmi Note 4 variasi baru ini hanya terdapat untuk versi RAM 3GB/storan dalaman 32GB dan versi RAM 3GB/storan dalaman 64GB seperti yang dilaporkan oleh laman GizmoChina. Selain itu, Xiaomi masih mengekalkan harga jualan untuk kedua-dua variasi baru yang dikeluarkan dengan masing-masing berharga dalam lingkungan ~RM645 dan ~RM1290.

gsmarena_001

Redmi Note 4 menampilkan rekaan 5.5 inci dengan skrin paparan lengkung HD penuh (1920 x 1080). Dikuasakan oleh cip pemproses 10-teras MediaTek Helio X20 dan bergandingan dengan GPU dari Mali-T880 MP4. Model ini juga hadir dengan slot memori tambahan menerusi slot kad mikroSD sehingga 128GB.

IKLAN

Dari segi kamera pula ia dilengkapi dengan kamera utama 13 megapiksel Fasa Pengesanan Autofokus (PDAF) dan aperture f/2.0. Bahagian hadapan pula mempunyai kamera 5 megapiksel yang menurut Xiaomi ia mampu menangkap gambar dari sudut 85 darjah.

Model ini juga turut menyokong slot dwi SIM, dan pengguna boleh memilih sama ada mahu menggunakan dua kad SIM atau pun satu kad SIM dan satu kad mikroSD. Pengimbas cap jari telefon ini terletak di panel belakang iaitu dibawah lensa kamera utama.

IKLAN

Telefon pintar ini menawarkan sambungan 4G  dengan VoLTE, Bluetooth, GPS, USB Mikro, dan Glonass. Ia dikuasakan dengan bateri 4100 mAh yang mampu memanjangkan tempoh penggunaan seharian.

Sumber: GSMArena