Xiaomi Keluarkan Pula Komputer Riba Gaming

Xiaomi mula memasuki pasaran komputer riba apabila mereka memperkenalkan Mi Notebook Air pada tahun lepas. Tahun ini, Xiaomi selangkah lagi dalam dunia perkomputeran dengan memperkenalkan siri komputer riba, Mi Gaming Laptop.



Mi Gaming Laptop dilengkapi cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-7, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 dan papan kekunci yang boleh menyalakan warna sehingga 16 juta warna.



Spesifikasi lain yang dinyatakan adalah 16GB RAM, 256GB NVMe SSD dan pemacu keras sebesar 1TB. Mi Gaming Laptop menyertakan 4 port USB 3.0, 2 USB-C, HDMI dan juga bicu audio. Dengan semua spesifikasi yang disebut, harga jualan cadangan adalah RM 5, 556.88 (RMB 8, 999).

Tidak dapat dipastikan samada Mi Gaming Laptop akan dijual ke pasaran global dan kemungkinan besar, mungkin peranti Mi Mix 2S sahaja yang boleh dibeli di luar China.