Xiaomi Keluarkan Iklan Acah Pertama Bagi Peranti Mi A2

Xiaomi telah memperkenalkan model Xiaomi Mi 6X pada bulan April yang lalu dan baru-baru ini mereka telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan pula peranti Mi A2 di Sepanyol, 24 Julai ini. Mi A2 juga adalah merupakan model Mi 6X yang telah dijenamakan semula dan menggunakan sistem Android One.

Sehubungan dengan itu, mereka telah mengeluarkan iklan acah bagi peranti tersebut buat kali pertama pada 15 Julai yang lepas. Ia dibuat melalui satu kiriman di laman akaun Twitter rasmi mereka, @xiaomi.

https://twitter.com/xiaomi/status/1018713667154481152

Dalam kiriman berkenaan, Xiaomi telah menggunakan tanda pagar #2isbetterthan1 bagi memaklumkan bahawa peranti ini jauh lebih baik berbanding Mi A1. Mereka mendakwa, pengguna peranti Mi A1 yang dilancarkan pada September tahun lalu itu pasti akan menggemari Xiaomi Mi A2.

Peranti ini akan hadir dengan sistem cip Qualcomm Snapdragon 660 dengan tiga pilihan variasi memori iaitu 3GB, 4GB dan 6GB serta tiga pilihan simpanan dalaman iaitu 32GB, 64GB dan 128GB. Ia juga akan menggunakan skrin 5.99 inci FHD+ serta dwi-kamera utama gabungan lensa 12MP dan 20MP.

Harga pasaran bagi peranti ini dijangka akan diumumkan semasa majlis pelancaran itu nanti. Xiaomi Mi A2 Lite juga dikatakan akan dilancarkan pada dalam majlis yang sama.

Sumber