Xiaomi Jepun Mohon Maaf Kerana Guna "Bom Nuklear" Dalam Iklan

Pelbagai idea menarik boleh dilihat ketika mempromosikan sesebuah produk, namun jika keterlaluan, ia mungkin membawa kritikan kepada pengeluar. Terbaru, Xiaomi Jepun hari ini mengeluarkan permohonan maaf kerana iklan Redmi Note 9 Pro untuk pasaran global dikatakan mengandungi unsur-unsur perang dunia kedua.

Menerusi video iklan tersebut, badan pemuda mengembang dan terbang ke udara dan seterusnya meletup. Ia seolah-olah merujuk kepada "fat man" yang juga merupakan nama kod kepada bom nuklear yang digunakan oleh Amerika Syarikat sewaktu Perang Dunia Ke-2 untuk meletupkan Nagasaki pada tahun 1945.

https://www.youtube.com/watch?v=YDMQo1HBtd4&feature=emb_title


"Promosi produk terbaru untuk pasaran luar negara mengandungi kandungan yang dianggap tidak baik dan video tersebut telah dikeluarkan. Xiaomi menghormati pengguna dan budaya di seluruh dunia, dan kami akan lebih dekat dengan pengguna kami ketika menghasilkan promosi produk baru. Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa hadapan."

Sumber: Android Authority