Syarikat itu turut dilaporkan meminta pekerjanya untuk tidak memakai uniform rasmi bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada kedai jualan atau ancaman ke atas pekerjanya.
Tindakan ini diambil selepas All India Mobile Retailers Association (AIMRA) menulis surat kepada pengeluar telefon pintar dari China mengenai ancaman yang dihadapi kerana menjual produk negara tersebut. Dalam surat itu, AIMRA turut membuat permintaan untuk membenarkan penjual menampal atau menanggalkan papan tanda sehingga insiden sentimen anti-China selesai.
Pada masa ini, kedai jualan yang telah menukar papan tanda merangkumi sebahagian besar bandar termasuk Delhi-NCR, Mumbai, Chennai, Pune, Agra, dan Patna.
Selain Xiaomi, jenama seperti Oppo, vivo, realme, OnePlus, Lenovo-Motorola dan Huawei juga menerima permintaan yang sama. Perkara ini dilihat memberi kelebihan kepada Samsung sebagai satu-satunya pengeluar bukan China di negara itu.
Sumber: Economic Times
Beli produk Xiaomi dari:
Lazada (https://invol.co/clppr7)
Berkaitan
- Tiada Lagi Caj Tambahan Untuk Akses 5G - Fahmi Fadzil
- Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Tiga Jenis Telefon Boleh Lipat Pada 2021
- KKMM Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Siasat Kes Ciapan Tidak Senonoh Di Akaun Rasmi Twitter MCMC
- Microsoft Temui Perisian Hasad Dalam Sistem Mereka
- Laman Web, Aplikasi Maybank2U Dan MAE Mengalami Gangguan Perkhidmatan
- Harga Nothing Ear (1) Akan Dinaikkan 50% Bermula Minggu Depan
- Malaysia, Singapura Turut Tandatangani MoU Untuk Perlindungan Data, Keselamatan Siber Dan Ekonomi Digital
- Gambar Kotak Bungkusan Xiaomi 12T Tertiris, Perlihat Spesifikasi Utama
- 'Admin' Lebih Berkuasa, Kini Boleh Padam Perbualan Ahli Dalam Grup WhatsApp
- MCMC Sasar 1.2 Juta Premis Dan Rumah Dilengkapi Jaringan Internet Menjelang 2021