Terdapat banyak cara yang digunakan oleh pengeluar telefon pintar untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar seperti menggunakan bahan kitar semula.
Namun begitu, Apple merupakan yang paling kontroversi dengan tidak menyertakan pengecas dalam pembelian kotak iPhone.
Tindakan ini sudah tentu dikecam ramai pihak lebih-lebih lagi jenama lain yang mula memerli Apple. Akan tetapi, secara halus sudah tentu jenama lain bakal mengikuti jejak langkah Apple yang dikatakan mahu menjaga kesihatan Bumi ini dengan cara masing-masing.
Xiaomi kini merupakan jenama pertama yang menyambut baik seruan penjagaan alam sekitar. Melalui Xiaomi Mi 10T Lite, plastik pada kotak itu sudah dikurangkan sebanyak 60%.
We unboxed the #Mi10TLite – Atlantic Blue variant 😎 You'll get all the essentials, just with less plastic waste. Starting in Europe, we've committed to reducing plastic packaging by about 60%. 🌏 pic.twitter.com/ai1yq3YR92
— Xiaomi (@Xiaomi) October 20, 2020
Sudah semestinya, mereka juga sempat memerli Apple jika anda memerhatikan bait kata dalam kapsyen tersebut. Walaupun kadar plastik yang sudah dikurangkan, kandungan dalam kotak masih lagi sama seperti kerangka percuma, kabel USB, dan juga pengecas.
Pelaksanaan pengurangan kadar plastik pada kotak ini dimulakan di Eropah untuk Mi 10T Lite terlebih dahulu. Kita mungkin akan melihat lebih banyak model dan pasaran lain akan mula mengikuti jejak langkah yang sama.
Sumber; Xiaomi