Xiaomi Hentikan Sementara Penawaran Android Oreo 8.0 Untuk Mi A1

Seperti yang telah dijanjikan, Xiaomi mula menawarkan kemaskini Android Oreo 8.0 untuk peranti Mi A1 pada penghujung 2017 yang lalu.

Terbaru, penawaran kemaskini Android Oreo telah dihentikan syarikat itu disebabkan terdapatnya aduan kegagalan fungsi peranti selepas dikemaskini.

Beberapa pengguna Mi A1  mendakwa kuasa bateri peranti semakin menyusut setelah mereka menggunakan sistem operasi baru dan dikatakan masalah itu berkaitan dengan fungsi Bluetooth.

Ada juga pengguna yang mengeluh apabila notifikasi paparan ambien tidak berfungsi dan yang lain pula menyatakan telefon tidak boleh menerima panggilan masuk sekiranya skrin paparan dimatikan.

Sebelum mengeluarkan versi stabil, Xiaomi telah menawarkan versi beta dengan tujuan mengatasi masalah pepijat yang menggangu pengguna. Tetapi mungkin kerana terburu-buru untuk menawarkannya pada peranti Mi A1, Xiaomi gagal "membunuh" pepijat pada versi itu.

Sumber: Reddit