Xiaomi Game Turbo - Pencabar Baharu Kepada GPU Turbo & Hyper Boost, Akan Diperkenal Bersama Mi 9

Huawei telah memperkenalkan teknologi GPU Turbo buat pertama kali bersama peranti Honor Play pada Jun tahun lalu. Tidak lama kemudian, Oppo pula hadir dengan Hyper Boost.

Yang terbaru, Xiaomi pula dijangka akan hadir dengan teknologi hampir serupa iaitu Game Turbo. Ia akan diperkenalkan bersama-sama dengan Xiaomi Mi 9 pada 20 Februari di China.

Kapsyen: Mi Community


Dijangka mempunyai fungsi yang hampir sama seperti GPU Turbo, Game Turbo dikatakan membolehkan pengguna mengawasi prestasi sistem pemprosesan, grafik dan frame rates semasa bermain permainan video.

Selain itu, teknologi ini juga membolehkan pengguna beralih ke sambungan internet lain yang lebih pantas dengan hanya satu sentuhan tanpa perlu keluar dari skrin permainan.

Peminat atau pengguna telefon berjenama Xiaomi pastinya berharap agar teknologi ini akan turut ditawarkan kepada model Xiaomi lain menerusi kemaskini sistem di masa akan datang.

 

Sumber: GizChina