Xiaomi Dengan Kerjasama COWAROBOT Memperkenal Bag Bagasi Pintar Yang Bergerak Dengan Sendiri

COWAROBOT, pembuat bag bagasi pintar telah bekerjasama dengan Xiaomi untuk melancarkan produk terbaharu mereka. Dari segi rekaan, bag tersebut direka sama seperti bag bagasi moden, dengan 4 tayar yang berpusing 360 darjah dan mempunyai pemegang untuk membawanya secara manual. Bag itu seberat 4.5kg, tinggi 20 inci dan menyimpan kapasiti sebesar 31 liter.



Pemegang bag pintar tersebut mempunyai kamera video digunakan untuk mencari lokasi tuannya. Bag tersebut juga mempunyai cip terbina yang membantu mengelak halangan di hadapan ketika bergerak. Ia mempunyai 4 kelajuan terbina pada tayarnya dan dijana oleh 92Wh bateri yang dikatakan boleh bertahan sehingga 20km.



Menariknya, bateri di dalam bag tersebut bertindak sebagai powerbank boleh dicabut dan dicas penuh dalam masa 5 jam. Sebagai powerbank, pengguna juga boleh mengecas telefon mereka melalui lubang USB A yang tersedia.

Di hadapan bag terdapat lampu LED yang memaparkan status bag tersebut sama ada bateri lemah, disambungkan, atau dihidupkan semula. Untuk keselamatan, bag ini juga dilengkapi kunci nombor TSA yang mampu ditetapkan kepada 999 kombinasi nombor yang berlainan.

Beg tersebut boleh disambungkan kepada peranti pintar melalui Wi-Fi dan boleh memaparkan maklumat seperti status bateri. Jika rangkaian hilang, putus atau beg tidak lagi disambungkan, pengguna akan mendapat notifikasi pada peranti mereka untuk mencarinya semula.



Beg pintar COWAROBOT ini ditawarkan pada platform Youpin Xiaomi pada harga khas Yuan 1999 iaitu sekitar RM1,183.