Xiaomi Dan Nokia Jalin Kerjasama - Kolaborasi Bisnes Untuk Terokai Teknologi VR Dan AI

Semalam telah berlangsungnya upacara memeterai perjanjian antara dua syarikat dari

  • China - Xiaomi

  • Finland - Nokia


Perjanjian tersebut melibatkan pelesenan paten sesama syarikat yang mana ia akan membantu mereka membangunkan produk baru.

Di bawah perjanjian perniagaan baru, Xiaomi juga memperoleh aset paten dari Nokia dan begitulah sebaliknya.

Syarikat yang terkenal dengan model 3310 itu, memberi fokus terhadap peralatan rangkaian telekomunikasi dan akan membantu rakan niaga dari China memajukan teknologi serta, meluaskan operasi di lebih dari 30 buah negara.

Xiaomi dan Nokia turut bersetuju untuk "menerokai peluang" dalam lapangan lain seperti

  • Internet of Things (IoT)

  • Augmented Reality (AR)

  • Virtual Reality (VR)

  • Artificial Intelligence (AI)


Nokia boleh dikatakan sebagai "key player" dalam membangunkan banyak piawaian yang digunakan oleh industri mudah alih.

Dan kini, hasil daripada pembangunan tersebut telah menjana kewangan bagi Nokia menerusi pelesenan paten.

Pelesenan paten-paten terbabit menjadi kunci utama kepada syarikat-syarikat peranti diluar sana, yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dalam pasaran mudah alih global, tanpa perlu menghadapi masalah undang-undang.

Dikhabarkan juga Nokia bakal melengkapkan telefon pintar baru mereka dengan cip pemproses dari Xiaomi.

Sumber: CNBC