Xiaomi Dan IKEA Hadirkan Meja Dengan Pengecasan Tanpa Wayar 20W

Jalinan kerjasama antara Xiaomi dan IKEA sudahpun terjalin sejak November tahun lagi yang mana pada ketika itu produk akan dihasilkan berasaskan kepada alat pencahayaan pintar.

Terbaru, Xiaomi telah mendedahkan sebuah perkakasan berupa meja IKEA yang lengkap dengan fungsi pengecasan tanpa wayar 20W. Peranti diletakkan tepat pada kawasan pengecas tersebut dan aliran kuasa mengisi bateri akan bermula.

Melalui perkongsian di Weibo, Xiaomi menyatakan ia mungkin aksesori terbesar bagi telefon mudah alih dalam sejarah syarikat itu.



Dalam perkongsian yang lain pula, meja dengan pengecasan wayar tersebut boleh dibina secara DIY dengan cara membuat lubang pada bawah meja dan kemudiannya, diletakkan dengan pengecas tanpa wayar.



Xiaomi tidak menyatakan sebarang maklumat lanjut mengenai produk ini. Sama ada ia akan diperkenalkan atau tidak, sama-sama kita nantikan.

Sumber: Weibo