Xiaomi Dalam Proses Mengeluarkan Mi Band 3

Sepanjang tahun 2017 ramai yang menyangka Xiaomi akan hadir dengan Mi Band 3, namun hampa.

Awal 2018 pula, mereka memberi sedikit nafas baru kepada model Mi Band 2 dengan mengeluarkan edisi istimewa bersempena dengan siri TV popular di China, Nirvana in Fire.

Kini peminat peranti boleh pakai Xiaomi pasti kembali teruja kerana Xiaomi dilapor sedang dalam proses penghasilan Mi Band 3.



Informasi yang dipaparkan pada imej tidak menunjukkan apa-apa spesifikasi utama tetapi boleh dilihat ia menggunakan Bluetooth 4.2 LE (Low Energy). Masih menjadi tanda tanya sama ada Xiaomi masih mengekalkan rekaan panjang membujur ataupun mengubah kepada bentuk yang lain.

Sumber: Launch Studio via @rquadt