Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi cyberone

Xiaomi CyberOne, Robot Humanoid Dengan Kemampuan Memahami Emosi Manusia

Diterbitkan Ogos 15, 2022 oleh Firdaus

Dalam hujung minggu kedua bulan ini, Xiaomi telah memperkenalkan sebuah robot humanoid dwipedal, CyberOne.

Berkaitan

  • Xiaomi Disenarai Majikan Terbaik China 2022 Oleh Forbes
  • Huawei, Xiaomi, vivo Cari Jalan Penyelesaian Atasi Isu Telefon 5G Cepat Panas
  • Xiaomi Kembali Rampas Takhta Telefon Pintar Nombor 1 Di Malaysia

CyberOne ini boleh kita katakan sebagai satu tanda akan cita-cita Xiaomi dalam sektor teknologi robotik dunia. Selain daripada Xiaomi, kita terdapat banyak lagi robot yang diperkenalkan sebelum ini seperti Atlas daripada Boston Dynamics, Digit daripada Agility Robotics, Tesla Bot daripada Tesla dan lain-lain.

I was both nervous and thrilled to interact with him on stage. What did you think of his performance tonight? #CyberOne pic.twitter.com/Je1eXDYEGR

— Lei Jun (@leijun) August 11, 2022

Walaupun begitu, pergerakan yang diperlihatkan CyberOne tidaklah selancar yang kita harapkan. Tetapi juga tidak mengecewakan untuk sesebuah robot humanoid yang baru pertama kali diperkenalkan.

Xiaomi CyberOne, Robot Humanoid Dengan Kemampuan Memahami Emosi Manusia

Kita boleh jangkakan Xiaomi mungkin berpotensi untuk menjadi sebuah jenama besar dalam industri robotik pada masa akan datang.

Tambahan lagi, CEO kepada Xiaomi Lei Jun sendiri berkata:

“AI pada CyberOne dan kemampuan mekanikalnya telah dibangunkan sendiri oleh Xiaomi Roboticx Lab. Kami telah membuat pelaburan yang besar dalam pelbagai sektor R&D seperti perisian, komponen perkakasan dan inovasi algoritma.”

Selain itu, CyberOne juga mempunyai kebolehan hebat seperti:

  • Menggambarkan ruangan 3D.
  • Memahami emosi, individu dan isyarat.
  • Kemampuan untuk berkomunikasi.

Xiaomi CyberOne

Oleh itu, tidak mustahil yang kita mungkin akan melihat CyberOne berkemampuan untuk menjadi sahabat manusia di masa depan kelak dek kelebihannya yang pelbagai dalam memahami fitrah manusia, emosi.

Sumber: techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY