Xiaomi CC9 Pro Bakal Hadir Dengan Cip Pemprosesan Snapdragon 730G

Baru-baru ini telah tular di media sosial mengenai sebuah peranti terbaru dari Xiaomi iaitu Xiaomi CC9 Pro yang dijangka akan dilancarkan pada bulan ini.

Terdapat sumber terbaru dari laman Weibo bahawa peranti terbaru dari Xiaomi itu bakal hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 730 G. Perkara ini jelas mengecewakan para pengguna yang menjangkakan ia akan hadir dengan cip pemprosesan mercu iaitu Snapdragon 855+.



Dalam artikel yang sama juga pihak Xiaomi turut mendedahkan bahawa Xiaomi CC9 Pro juga bakal memaparkan lampu notifikasi di bahagian tepi skrin danlampu berkenaan akan menyala ketika setiap notifikasi pada peranti tersebut.



Sebelum ini, pihak Xiaomi telah mendedahkan di laman Weibo mengenai beberapa spesifikasi yang menarik tentang peranti terbarunya ini antaranya, Xiaomi CC9 Pro bakal hadir dengan kamera utama bersaiz 108MP dan ia merupakan yang pertama digunakan pada telefon pintar. Pihak Xiaomi juga mendedahkan bahawa Xiaomi CC9 Pro bakal hadir dengan kamera hadapan bersaiz 32MP dan juga hadir dengan bateri berkapasiti 5260mAh dengan pengecasan pantas 30W.

 

Sumber : gsmarena