Xiaomi Buka Mi Store Yang Beroperasi 24 Jam

Selepas pembukaan Mi Store di Sepanyol, jenama dari tanah besar China itu melebarkan sayapnya ke Rusia pula. Menariknya kali ini adalah pembukaan Mi Store yang berkonsepkan penjualan 24 jam sehari.

Dirasmikan pada Khamis 16 November yang lepas, Mi Store tersebut merupakan kedai Xiaomi yang pertama di Rusia dan didunia yang akan beroperasi tanpa henti iaitu selama 24 jam sehari sepanjang tahun.



Selain dari pemasaran secara dalam talian, Xiaomi turut mengambil langkah dengan membuka kedai fizikal untuk menampung permintaan tinggi dari pembeli. Di China sahaja, syarikat itu memiliki 220 buah kedai di bandaraya besar dan mereka turut bercadang untuk menambah kepada 1000 buah dalam masa 3 tahun akan datang.

Antara negara yang sudah mempunyai kedai Xiaomi adalah Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, India, Sepanyol dan bakal ditambah di Asia Timur.

Sumber: GizChina