Menguatkan lagi khabar angin itu, sebuah telefon pintar dengan nama kod Blackshark mula tersenarai dalam platform penanda aras Antutu.
Nama kod tersebut dikaitkan dengan Xiaomi kerana salah satu syarikat dibawah pengeluar itu menggunakan nama Black Shark Technology Inc.
Penyenaraian di Antutu ini memperlihatkan beberapa spesifikasi utama seperti penggunaan Snapdragon 845, bersama gandingan memori RAM 8GB dan ROM 32GB.
Layar paparan pula mempunyai sokongan resolusi 2160 x 1080 piksel dengan nisbah 18:9. Markah Antutu yang berjaya direkodkan adalah 270,680, lebih tinggi berbanding Galaxy S9 yang meraih markah 265,267.
Selain daripada Xiaomi, ASUS juga dilapor mahu membangunkan telefon pintar khusus untuk gaming dan diramal pelancarannya pada lewat 2018.
Nampaknya Razer Phone selepas ini tidak akan keseorangan dalam pasaran telefon pintar yang bercirikan gaming.
Sumber: Antutu via GizmoChina
Berkaitan
- CFM Adakan Kaji Selidik Bagi Proses Pindaan Kod Amalan Am Pengguna Untuk Industri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
- Khabar Angin - Samsung Bakal Melengkapkan Galaxy Note 9 Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Paparan
- SKMM Beri Amaran Untuk Tidak Sebar Kandungan Lucah
- Prototaip Kereta Nasional Baharu Dijangka Didedah Kepada Umum Tahun Hadapan
- Huawei Saman Amerika Syarikat Ekoran Larangan Penggunaan Peralatan Komunikasinya
- Facebook Tambah Tetapan Untuk Halang Grup 'Private' Ditukar Kepada 'Public'
- Intel berjaya hasilkan cip pemproses terpantas.
- Huawei Mate 20 Dan Nova 3i Turun Harga, Kini Dijual Pada Nilai RM 2399 Dan RM999
- Pengguna Unifi Dibeberapa Kawasan Di Sabah Alami Gangguan Perkhidmatan
- Samsung Dilapor Batalkan Pengeluaran Galaxy M41