Xiaomi Black Shark 2 Mungkin Dipanggil Sebagai Black Shark Helo

Sebagai kesinambungan kepada model terdahulu, Xiaomi bakal memperkenalkan Black Shark 2 pada esok, 23 Oktober.

Akan bersaing dalam pasaran telefon yang memfokuskan kepada permainan mudah alih, peranti dikatakan bakal menggunakan nama lain iaitu Black Shark Helo. Belum dapat dipastikan apa maksud "Helo" dan mengapa Xiaomi meletakkan nama sedemikian.



Ada pihak berpendapat ia tidak menggunakan nama Black Shark 2 kerana model itu hanya membawakan sedikit kelainan berbanding model sebelumnya.

Seperti model pertama, Black Shark Helo menampilkan Snapdragon 845, RAM 8GB dan storan sebesar 128GB. Turut hadir adalah skrin paparan 6 inci dengan nisbah paparan 18:9 dan dijana dengan bateri 4000 mAh.

Perubahan yang diperkatakan pada model ini adalah panel belakang yang direka semula bersama-sama logo LED yang bernyala.

Selain itu, iklan acah mula tersebar di internet membayangkan penggunaan sistem penyejukan cecair dan akan mempunyai penerimaan isyarat yang lebih baik, supaya pengguna tidak bermasalah bermain permainan dalam talian.



Ia akan diperkenalkan di China terlebih dahulu dan dijangka menjengah pasaran antarabangsa pada penghujung November 2018.

Sumber: Phone Arena danĀ GizmoChina