Xiaomi Black Shark 2 Mungkin Dilancarkan Mac Atau April Ini

Setelah dua keluaran dalam siri telefon pintar yang memfokuskan permainan, Xiaomi kini sekali lagi dikhabarkan sedang bersiap sedia memperkenalkan Black Shark 2.

Diungkap dari perkongsian di laman Weibo oleh Pengarah Produk Xiaomi, Wang Teng Thomas, dimana beliau yang sudah melihat model terbaru itu dan menggambarkan ia sebagai sebuah peranti "full of personality, very cool".

Kapsyen: Imej: Weibo


Model ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 855, RAM 8GB dan menjalankan Android Pie 9. Model ini diramal tampil sekitar Mac atau April depan.

Xiaomi pertama kali menembusi pasaran telefon pintar permainan pada April 2018 dan pada Oktober pula, Black Shark Helo diperkenalkan.

Baca juga - Xiaomi Mi 9 Dibayangkan Kemunculannya Pada Februari Nanti


Sumber: Weibo