Xiaomi Black Shark 2 Muncul Di Geekbench, Bakal Dirasmikan 23 Oktober Ini

Ketibaan Xiaomi Black Shark 2 telah diwar-warkan oleh pihak Xiaomi melalui laman sesawang rasmi mereka sejak beberapa hari yang lalu. Kini, peranti tersebut dikesan telah muncul di laman Geekbench.

Kapsyen: Kredit : Geekbench


Melihat kepada markah yang diterima, ia jelas hanya sedikit lebih baik berbanding Black Shark edisi yang terdahulu. Markah 8,389 yang diterima bagi pemarkahan multi-teras kali ini, sedikit lebih baik berbanding 8,329 yang diterima pada keluaran pertama.

Dalam satu berita berasingan, Xiaomi dikatakan telah mengeluarkan satu poster berkenaan pelancaran peranti ini secara rasmi.



Menurut tarikh dan masa yang dipaparkan pada poster tersebut, Xiaomi Black Shark 2 akan dirasmikan pada 23 Oktober ini. Menurut maklumat terdahulu, Black Shark 2 dilaporkan akan hadir dengan sistem lampu RGB baru serta memori sehingga 8GB RAM, namun masih menggunakan Android 8.1 Oreo.

Menariknya, memandangkan kehadiran peranti ini diumumkan melalui laman rasmi global, Black Shark 2 ini hampir pasti akan turut dipasarkan di luar pasaran China. Diharapkan peranti ini akan tiba di Malaysia tidak lama selepas dilancarkan nanti.

 

Sumber : Geekbench