Xiaomi Black Shark 2 Dilancarkan Pada 18 Mac, Spesifikasi Terlihat Di Antutu

Peranti yang memfokuskan permainan mudah alih dari Xiaomi, Black Shark 2 dilapor bakal membuat kemunculan pertama pada 18 Mac ini di pasaran China.



Berkenaan spesifikasi, peranti ini dikatakan sudah muncul pada platform penanda aras Antutu beberapa hari lalu dengan menggunakan nama BlackShark Skywalker.

Meraih mata sebanyak 359,973, Black Shark 2 menampilkan cip Snapdragon 855 dengan RAM 8GB dan storan sebesar 128GB.

Dibahagian skrin pula, ia menggunakan paparan FHD+ 1080 x 2340 bersama nisbah 19.5:9.



Difahamkan juga ia mempunyai pilihan RAM 12GB berdasarkan model yang diuji pada platform GeekBench.

Lain-lain spesifikasi masih belum dapat dipastikan dan untuk itu, sama-sama kita nantikan pelancarannya seminggu lagi.

Sumber: DroidShout