Xiaomi Berusaha Keras Untuk Pengeluaran Besar-Besaran Pengecasan Pantas 100W

Keupayaan mengecas bateri pada telefon pintar dalam kadar pantas, sememangnya menjadi kehendak hampir setiap pengguna peranti masa kini.

Bagi yang belum maklum, CEO Redmi, Lu Weibing ada berkongsikan video yang memperlihatkan keupayaan teknologi pengecasan pantas Super Charge Turbo 100w yang berjaya mengisi penuh bateri 4000mAh dalam hanya 17 minit.

Teknologi itu telah dikhabarkan akan dihasilkan secara besar-besaran oleh syarikat dan ia telah disahkan oleh Presiden Xiaomi, Lin Bin menerusi laman Weibo.

Menjawab pertanyaan pengguna di Weibo, Bin menyatakan syarikat itu sedang berusaha keras untuk pengeluaran besar-besaran tersebut. Namun begitu, beliau tidak memberikan sebarang tarikh bilakah proses tersebut akan berjalan.

Super Charge Turbo 100w dijangka akan diperkenalkan bagi telefon pintar flagship pada masa depan dan berdasarkan ramalan, ia mungkin hadir pada Mi Mix 4.

Video perbandingan dibawah memperlihatkan Super Charge Turbo 100w mengecas bateri 4000mAh, sementara SuperVOOC 50W mengecas bateri berkapasiti 3700mAh. Teknologi Xiaomi hanya mengambil masa 17 minit manakala SuperVOOC hanya mencatat kuasa 65% dalam tempoh masa yang sama.

https://www.youtube.com/watch?v=pcOpJ__4vzQ